Di antara beberapa syarikat yang menawarkan
program affiliate dan servis pemprosesan
bayaran kad kredit, ClickBank menjadi pilihan ramai.
Sebelum ini, penjanaan wang di ClickBank memang banyak dipelopori oleh usahawan-usahawan internet daripada luar negara kerana cuma pertengahan tahun 2008 sahaja ClickBank mula membuka pendaftaran daripada Malaysia. Kini, jika anda bergiat aktif di dalam bisnes internet, anda akan perasan bahawa semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia mula menjana pendapatan melalui ClickBank.
Namun begitu, kenapa ClickBank menjadi pilihan
ramai walaupun terdapat banyak lagi program
affiliate yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia.
Pasti ada sebab kenapa ClickBank begitu diminati
dan saya berikan 5 daripada sebab-sebab tersebut.
1. Lebih 10,000 seleksi produk sedia untuk dipromosikan
ClickBank mempunyai ribuan produk digital daripada
pelbagai kategori untuk affiliate mempromosikan
produk-produk ini. Produk-produk yang terdapat
di dalam “marketplace” ClickBank terdiri daripada
ebook, perisian dan laman-laman web keahlian. Dengan
tersedianya produk-produk ini di ClickBank, maka
soal mendapatkan produk untuk dijual di Internet
tidak lagi menjadi masalah. Anda cuma pastikan
produk mana untuk djual dan terus lakukan pemasaran
affiliate. Ini secara tidak langsung akan memudahkan
lagi sesiapa sahaja untuk mula berjinak-jinak
dengan perniagaan internet.
2. Komisyen jualan dibayar tepat pada waktunya
Sesetengah program affiliate dikendalikan oleh
syarikat-syarikat persendirian. Mereka akan
membuat pembayaran kepada affiliate mereka
berdasarkan terma dan syarat-syarat tertentu.
Malangnya ada sesetengah syarikat atau orang
persendirian ini tidak jujur di dalam pembayaran
komisyen affiliate. Ada yang lewat membayar
komisyen dan yang lebih teruk lagi, ada yang
langsung tidak bayar komisyen affiliate.
ClickBank pula sudah beroperasi bertahun-tahun
lamanya di Internet dan mereka mempunyai kredibiliti
yang kukuh di dalam bidang ini. Bayaran affiliate
memang tepat pada masanya, dan bergantung kepada
bagaimana anda membuat arahan di ClickBank, anda
akan mendapat cek komisyen jualan affiliate anda
setiap seminggu atau dua minggu sekali.
3. Pendaftaran percuma bagi affiliate
Tidak semua program affiliate sama. Ada program
affiliate mengenakan bayaran sekali seumur hidup
untuk menyertai mereka dan ada juga memerlukan anda
membayar tiap-tiap bulan. Sebelum anda menjana
pendapatan melalui program sebegini, anda sudahpun
dikenakan bayaran.
ClickBank pula membenarkan sesiapa sahaja menjadi
affiliate mereka secara percuma. Tiada yuran bulanan
dikenakan dan tiada syarat anda membeli sesuatu
untuk menjadi affiliate ClickBank. Anda cuma perlu
daftar di https://www.clickbank.com/accountSignup.htm
dan mula mempromosikan produk ClickBank sebagai affiliate.
Pada masa yang sama, ClickBank juga membuka peluang
untuk sesiapa sahaja menjual produk mereka sendiri
di ClickBank. Cuma yuran pengaktifan sebanyak USD$49.95 sekali sahaja bagi setiap satu produk dikenakan.
Pengaktifan ini membolehkan anda menerima
kad kredit sebagai salah satu cara anda menjual
produk digital anda di Internet.
4. Jenama yang dipercayai
ClickBank sudah lama bertapak di Internet dan
mereka mempunyai pengalaman yang luas di dalam
perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Kini,
ClickBank juga menambah pembayaran melaui PayPal
ke akaun mereka bagi memberi alternatif kepada
kad kredit.
Sudah ramai orang menggunakan perkhidmatan ClickBank
dan mereka tahu bahawa pembelian produk melalui
ClickBank adalah selamat. Sekiranya anda menggunakan
ClickBank sebagai servis menerima pembayaran melalui
kad kredit, besar kemungkinan bakal pelanggan anda
tidak akan ragu-ragu lagi berurusan dengan anda jika
mereka lihat anda menggunakan servis ClickBank.
5. Laporan jualan “real-time”
ClickBank juga memberi laporan jualan secara “real-time”
atau masa sebenar jualan dihasilkan. Contohnya, jika
anda berjaya menghasilkan jualan pada masa sekarang,
anda boleh login ke akaun ClickBank anda dan lihat
laporan jualan terseput dipaparkan. Dengan cara ini,
ianya memudahkan anda mengetahui berapakah jualan yang anda hasilkan pada masa-masa dan hari-hari tertentu.
Begitulah beberapa sebab mengapa ClickBank menjadi
pilihan usahawan-usahawan internet tempatan dan
luar negeri.
Penjanaan wang melalui ClickBank juga tidak lagi mustahil
buat masyarakat Malaysia. Cuma anda perlu tanya diri
anda sama ada anda tergolong di dalam kumpulan tersebut atau tidak.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah salah seorang usahawan Internet
dari Malaysia yang telah mula menjana pendapatan
di Internet semenjak tahun 2003. Dengan usahasama
Zamri Nanyan bersama Gobala Krishnan, mereka menerbitkan satu produk “best-seller” hangat bertajuk Sistem Rahsia ClickBank dan anda boleh mendapatkannya di http://RahsiaClickBank.com/ sekarang sebelum saingan anda mengetahui rahsia yang mereka kongsikan bersama di dalam pakej istimewa ini.















No comments:
Post a Comment